Bun ikan bilis



Sungguh enak bersarapan pagi dengan sebiji bun dan secawan milo/teh panas kan? Anak-anak memang suka makan roti apatah lagi bun ikan bilis, terutamanya Faisal. Cuma dia hanya makan bun kosong tanpa inti. Selalunya bila buat bun, umi akan buat 2 biji tanpa inti khusus untuk Faisal. Jom buat bun ikan bilis!

Bahan doh:

260 ml air
500g tepung roti
1 telur
6 sb gula kastor
3 sb marjerin/mentega
2 sb susu tepung (guna susu tepung Faisal!)
11g yis kering
1/2 st garam

Cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan kering
2. Masukkan bahan cecair (air, telur) sedikit demi sedikit sambil diuli rata
3. Masukkan marjerin/mentega.
4. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan( anggaran 25-30 minit)
5. Perapkan doh ditempat yang agak suam sehingga doh menjadi 2x ganda saiznya (45-60 minit)
6. Bila doh sudah mengembang 2x ganda, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.
7. Bahagikan doh kepada 12 bahagian dan bulatkan setiapnya.
8. Rehatkan doh yang telah dibulatkan tadi dalam 10 minit.
9. Ambil seketul doh tadi, leperkan dan masukkan inti/sambal ikan bilis secukupnya. Ulang untuk semua doh sehingga habis.
10. Tutupkan doh dengan baik dan pastikan tiada ruang yang terbuka untuk mengelakkan inti meleleh keluar.
11. Biarkan doh yang telah siap dimasukkan inti tadi di tempat suam, biarkan ia mengembang untuk kali kedua (30 minit).
12. Bakar doh tadi dalam oven dengan suhu 150 Celsius selama 20-25 minit(oven dipanaskan 15 minit terlebih dahulu).
13. Sebaik sahaja bun telah siap dibakar, sapukan dengan sedikit mentega supaya ia kekal lembap dan nampak berkilat.

Comments