Sos Coney dog

Umi sediakan Coney dog untuk sarapan pagi ini.  Ammar terperanjat "hah, makan dog?' "Bukan makan dog la Ammar, bun ni dipanggil coney dog!". Sebenarnya umi pun tak tahu macamana asal-usul nama dia, elok kita tukar nama bun ini kepada : Sosej and minced beef bun!

Bahan-bahan
Bun secukupnya
Sosej secukupnya - rebus dahulu
Sos cili, sos tomato, mayonis dan mustard (jika suka)

Mula-mula kena sediakan bun.


Sementara tunggu bun siap dibakar, sediakan pula sosnya.

Bahan-bahan sos:
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - diketuk
3 biji tomato - potong dadu
300g daging hancur
1/2 c sos tomato
1/2 c sos cili
sedikit serbuk lada hitam, garam
sedikit air

Cara membuatnya:
1.  Tumis bawang putih biar wangi.
2.  Masukkan bawang besar, biar agak garing.
3.  Masukkan tomato, daging hancur dan sedikit air.
4.  Biarkan sehingga daging empuk, tambah sos, garam dan serbuk lada hitam.
5.  Masak lagi hingga adunan agak kering dan diangkat.

Bila semua dah siap, bolehlah kita buatkan 'Sosej and Minced Beef Bun ini.
Ambil sebiji bun, belah ditengah (jangan putus), letakkan sosej.  Kemudian tambahkan bahan sosnya, tambahkan pula sos-sos kegemaran anda.  Kemudian...siap! Jom makan!


Comments