Almond Peach Pie

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang masih sudi menjenguk ke sini, walaupun sudah agak lama juga umi menyepikan diri.  Di celah kesibukan yang sentiasa menghambat ini, umi cuba mencuri-curi masa memenuhi permintaan yang datang.

Tanpa berlengah lagi, hari ini nak kongsi satu resepi yang diminta oleh Hazila, moga berkesempatan untuk mencubanya ye.

Bahan-bahan untuk pastri manis:
  • 90g gula aising
  • 100g mentega
  • 1 telur 
  • 250g tepung gandum

    Cara membuatnya:

    1. Putar mentega dan gula aising biar sebati.
    2. Campurkan telur dan tepung.  Uli lagi hingga membentuk doh.
    3. Tekan di dalam acuan pai bersaiz 9".

    Bahan isian peach:
    • 110g mentega
    • 95g gula aising
    • 2 telur
    • 50g tepung gandum
    • 100g ground almond
    • 300g buah peach - dihiris nipis
    • 150g kepingan badam - untuk hiasan

    Cara membuatnya:

    1. Putar mentega dan gula biar rata.
    2.  Masukkan telur, ratakan.
    3. Campurkan tepung dan serbuk almond.
    4. Tuang isian ini ke dalam doh pai tadi.
    5. Susun buah peach di atas permukaan doh tadi mengikut kreativiti anda.
    6. Taburkan kepingan badam.
    7. Bakar pada suhu 180 C selama 40-45 minit.

    Comments

    slayerz said…
    Nmpak sedap....simpan sket