Kek pisang berkacang

 Resepi kek pisang ini berguna terutama apabila kes nak kena habiskan pisang yang dah hampir 'expired'.  Umi guna resepi yang diambil dari dapur CMG.  Untuk mendapatkan resepi asal silalah ke sini. Resepi ini umi ubahsuai sikit mengikut bahan-bahan yang sedia ada di dapur.

Bahan-bahannya:
100 g mentega
90 g gula perang
2 biji telur
1 camca teh esen vanilla
320g pisang + 1 camca besar jus lemon, dilecek halus (umi tak letak pun jus lemon)
125 ml yogurt biasa
1/4 c cincangan walnut - panggang sebentar (umi ganti dengan kacang hazel dan kacang tanah)
130g tepung gandum
60g tepung kek
1 st soda bicarbonate
1 1/4 camca teh serbuk kayu manis

Cara membuatnya:
  1. Ayak tepung gandum, tepung kek, serbuk soda dan serbuk kayu manis.
  2. Putar mentega dan gula perang  sehingga gebu, masukkan telur satu per satu dan putar lagi hingga kembang. Pada kelajuan sederhana, masukkan pisang lecek dan yogurt, putar rata.
  3. Perlahan speed dan masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Tuang ke dalam tin yang telah dilenser dengan sedikit marjerin.
  4. Taburkan cincangan kacang.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 55 - 60 minit atau sehingga kek masak.

Comments