Lamb Chop 3S

Anak-anak sukakan makan malam yang ringkas dan sedap.  Contohnya seperti Lamb Chop ini, umi panggil Lamb Chop 3S( Senang, Sedap dan Sihat).  Untuk menyediakannya pun mudah saja, bahan-bahan pun ringkas dan yang penting sekali semua suka! 

Bahan-bahan:
10 keping lamb - bahagian bahu (shoulder)
2 labu bawang putih - racik halus
5 biji kentang - basuh bersih, tak perlu buang kulit, hiris nipis anggaran setebal 1cm
sos lada hitam secukupnya
2 sb gula
Salad
Yogurt perisa asli

Cara membuatnya:
1.  Aturkan lamb atas kuali tak melekat.  Taburkan bawang putih yang diracik tadi.  Kemudian aturkan pula hirisan kentang di atasnya.
2.  Masak di atas api perlahan anggaran 10-15 minit.
3.  Alihkan kentang tadi ke pinggan, terbalikkan lamb tadi.  Taburkan bawang putih lagi.  Aturkan kembali kentang yang dialihkan tadi.  Masak lagi sehingga kedua-dua belah lamb tadi agak garing.
4.  Sediakan sos lada hitam.  Umi gunakan ready-made sos lada hitam jenama Puteri, tambahkan gula dan dipanaskan sebentar di atas api perlahan.
5.  Hidangkan lamb chop tadi bersama sos lada hitam, salad kegemaran anda dan sedikit yogurt.


Comments

Anonymous said…
tujuan kentang tu untuk apa ye?
Nor said…
saja nak menambah nutrien masakan ni. Tak letak pun takpe.