Salam Aidilfitri

Assalamualaikum wm. wbt. buat semua pengunjung blog ini, rasanya belum terlewat untuk umi ucapkan "Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin" kerana kita masih dalam bulan Syawal 1431H.  Di Malaysia ini puasa sebulan Ramadhan, raya pun kadang-kadang lebih dari sebulan!


Dalam kita bergembira menyambut hari raya tanda kesyukuran di atas kejayaan kita menempuh ujian Ramadhan lepas, jangan kita lupakan mereka yang kurang berkemampuan, anak yatim dan fakir miskin.  Hulurkan bantuan dan sedekah bukan di bulan Ramadhan saja, sebaliknya kita teruskan amalan mulia ini sepanjang tahun.  Moga mereka juga dapat menikmati kegembiraan Aidilfitri.

Antara amalan sunat yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w  ialah mengerjakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.  Agaknya ramai yang dah habis puasa 6 ye?

Comments

ibuhebat said…
assalamualaikum,

seronok tengok family umi dengan 7+1 anak2 :)
sejuk mata memandang... mesti banyak petua nak membesarkan anak :)

salam kenal ...