Beef Corn Twist

Kali ini umi nak buat roti menggunakan resepi dari buku ini pula: Home Bread oleh Khoo See Yew
Ada banyak resepi dan tips membuat roti dalam buku ini.  Umi pilih resepi Tuna Twist, tapi disebabkan tiada stok tuna, umi gantikan dengan daging kisar dan ditambah jagung.  Jadi kita namakan resepi ini Beef Corn Twist ye!

Ok resepi asal dalam buku ini adalah seperti berikut:
Bahan roti:
A
230g tepung protein tinggi
5g yis kering
170ml air
1/8 st bread improver - tak letak pun, ganti dengan water roux

B
20g telur - umi letak sebiji telur
1/4 st garam
60g gula kastor
25ml air sejuk ais
2.5g yis kering

C
30g mentega
100g tepung protein tinggi

Isian/inti
30g tuna -buangkan airnya -umi guna daging kisar
100g bawang merah -dipotong halus
30g cheddar cheese
100g mayonis
sedikit lada sulah, garam dan gula
umi tambahkan sedikit isi jagung -beli frozen

Cara membuatnya:
1.  Sebatikan bahan A biar sekata dan rehatkan selama 1 - 11/2 jam
2.  Masukkan bahan B, uli biar sebati menjadi doh, masukkan bahan C dan uli lagi hingga doh licin.  Berhenti menguli sehingga doh menjadi licin dan elastik sebegini.
Seterusnya kita rehatkan doh tadi selama 15 minit. 

3.  Bahagikan doh menjadi beberapa bebola kecil anggaran 60g setiapnya. Uli memanjang setiap satu bebola tadi dan bentukkan menjadi angka '8'.
4.  Letakkan doh yang telah dibentuk tadi ke dalam loyang yang telah digris.  biarkan ia mengembang 2 kali ganda dari saiz asal.
5. Glis dengan sedikit bancuhan telur supaya roti menjadi berkilat setelah dibakar.  Letakkan inti tadi ke atas roti.
6.  Bakar di dalam oven selama 12-15 minit atau sehingga roti menjadi keperangan. 




Nampak tak bentuk nombor '8'?  Taburkan inti, cheese dan paipkan mayonis ke atas inti tadi.
Water roux
Sukatan nisbah tepung kepada air ialah 1:5 iaitu 50g tepung dibancuh dengan 250ml air dan dimasak sehingga adunan kental menghasilkan 265g water roux.

Comments