Bercukur rambut bayi menurut Islam

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut anak yang baru lahir pada hari ketujuh kemudian rambut tadi  ditimbang dengan nilai perak dan disedekahkan nilaian tersebut kepada fakir miskin.  Antara hikmat melakukan amalan sunnah ini adalah hikmat kesihatan iaitu dengan membuang rambut ini dapat membuka rongga-rongga rambut yang seterusnya akan mengukuhkan panca indera penglihatan, pernafasan dan pendengaran anak.
Hadith riwayat Anas bin Malik r.a yang bermaksud :”Bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh mencukurkan rambut al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh mereka, dan rambut-rambut mereka telah dicukurkan dan disedekahkan seberat timbangan perak”.
Selain bercukur, sunat juga untuk menyembelih aqiqah iaitu 2 ekor kambing bagi anak lelaki atau seekor kambing untuk anak perempuan serta member nama kepada bayi berkenaan.
At-Tirmidzi, An-Nasai’e dan Ibnu Majah telah meriwayatkan daripada al-Hasan daripada Samrah bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: “ Setiap anak bergantung kepada aqiqahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuhnya dan dicukur kepada serta diberi nama”.


Comments

AZLINA said…
Salam Umi, ala3 geramnya tengok baby dh botak..lenanya dia tidur..Mmg bnyk kebaikan bercukur ni kan! Sebab itu la agama Islam menyuruhnya...