Terung Goreng Bercili

Antara hidangan sayur yang digemari abi adalah terung goreng bercili ini.  Makan bersama nasi panas memang menyelerakan.  Nak membuatnya pun tak susah, cuma kalau malas nak menumbuk cili, umi kisar saja dengan blender.  Tapi cili yang ditumbuk lebih sedap daripada yang dikisar, jadi kalau nak makan sedap kenalah rajin ye!

Jom semak bahan dan cara membuatnya..!

Bahan-bahan
3 biji terung panjang - belah 2 (kadang umi belah 4, bergantung kepada saiznya)
4-5 biji cili merah
2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sb sos tiram
1 st gula pasir
garam dan serbuk kunyit
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1.  Bersihkan terung.  Belah memanjang. Lumurkan dengan garan dan sedikit serbuk kunyit. 
2.  Gorengkan terung biar agak layu, angkat dan ketepikan sebentar.
3.  Untuk menyediakan sambalnya pula: Tumbuk cili dan segala macam bawang tadi.
4.  Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk tadi biar garing.
5.  Masukkan sos tiram dan gula.  tak perlu tambah garam sebab terung tadi telah dilumur garam.
6.  Kacau rata sambal cili ini, angkat dan curahkan ke atas terung yang telah digoreng tadi.

7.  Hidangkan.

Comments