Macaroons dari cikmin dah tiba!

Assalamualaikum semua.  Petang semalam balik dari office umi rasa tak sabar-sabar nak sampai rumah.  Khabarnya ada kiriman istimewa dari cikmin sebagai hadiah giveaway tempohari.
 Tak sabar nak buka..


Ini kali pertama umi menang peraduan/pertandingan di alam siber, juga kali pertama melihat macaroons di alam nyata.  Comel sangat dengan warna yang menarik, baunya pun so sweet...

Ammar ambil 1, Syifa' pun ambil 1 mesti warna pink, diikuti oleh Syakirah juga warna pink (dia memang suka tiru apa saja yang kakak dia buat).  Faisal tengok je, tak tau nak pilih yang mana sebab warna kegemaran dia tiada kat sini. Akhirnya dia pilih warna kuning kerana rumah sukan dia rumah Kuning.  Abang berdua lagi tu kurang menggemari makanan manis, jadi mereka tunggu feedback dari adik-adik je.  Umi pula makan satu dari setiap warna yang ada (kan kata nak test rasa!).  Hmm..sedap, wangi (kata Syakirah), cuma agak manis lebih bagi umi.  Teksturnya rangup di luar dan lembut di dalam, cair di mulut kata orang!  Umi paling suka yang warna hijau dengan filling peanut ini.  Jadi jika anda pun teringin nak rasa, silalah buat tempahan dengan cikmin ye.

Sekali lagi, terima kasih buat cikmin atas kiriman ini.



Comments

Cikmin said…
Alhamdulillah..dah selamat sampai dan kondisinya pun baik..untuk pengetahuan umi..macarons ni memang manis..kudapan orang france menang suka manis2..dan kalau buat tak manis..memang takkan jadi macaron ni..akan jadi macawrong terus..hiks..anyway..terima kasih kerana sudi entrikan macaron ni.
Mek Onie said…
waaaaaaaaa.........semuanya amik kaler pink,hehehe......