Cream puff dan hari keluarga

Antara hidangan pastry yang sedap dan mudah disediakan serta menjadi kegemaran anak-anak iaitu cream puff dengan filling custard cheese. 
Masih lagi menggunakan resepi yang sama sumbangan zaliana of MyR, cuma umi gantikan filling jagung tersebut dengan cream cheese.  Jom kita semak resepi!

Resepi asal boleh rujuk sini.  Yang di bawah ini resepi versi umi pula:

Cream Puff with custard cheese filling
umi of dapuraulad

Cream puff:
125g tepung naik sendiri
100g mentega/marjerin
250ml air
1 sb gula
3 biji telur

Inti/filling cream cheese:
2c susu segar
150g cream cheese
10 sb gula halus
4 sb tepung kastard

Cara membuat initi/filling:
1. Sebatikan semua bahan.
2. Panaskan di atas api sederhana sehingga adunan menjadi likat.
3. Tutup api, sejukkan sebentar.

Cara membuatnya:
1. Panaskan air, gula dan mentega/marjerin biar mendidih di dalam kuali yang sesuai.
2. Masukkan tepung dan kacau biar sebati hingga adunan tidak melekat pada kuali.
3. Tutup api.  Sejukkan adunan sebentar.
4. Pindahkan adunan ke mangkuk pengadun/mixer.
5. Masukkan telur satu per satu dan adun biar sebati menggunakan mixer tersebut.
6. Masukkan adunan ini ke dalam piping bag dengan nozzle bintang.  Paipkan adunan ke atas loyang.
7. Semburkan sedikit air ke atas puff ini menggunakan spray.
8. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C selama 15-20 minit.
9. Gunting sedikit bahagian tepi puff ini dan masukkan intinya.


Umi buat 2x adunan ini, menghasilkan lebih 100 biji cream puff.  Buat banyak begini untuk dibawa ke program Hari Keluarga KUIS yang berlangsung di Ulu Yam tempohari.  Banyak acara sukaneka kanak-kanak dan dewasa, ada juga cabutan bertuah yang mana setiap keluarga akan dapat hadiah.  Antara acara yang sempat umi rakam di sini ialah:

cari barang dalam tepung, kesian Azzam...

Alhamdulillah program berjalan lancar dan tamat sekitar pukul 2 petang.  Lepas solat Zohor anak-anak terus masuk sungai berendam sambil main air.

Comments