Kehebatan susu ibu tiada yang seumpamanya

Rupa-rupanya susu ibu ini berbeza-beza rasanya mengikut jenis makanan yang dimakan oleh si ibu.  Contohnya kalau ibu makan durian, susu tersebut lebih lemak (ada bau macam durian sikit), jika ibu makan coklat, agaknya rasa susu macam more chocolatey hehe..
Jadi memang sungguh istimewa susu ibu yang sememangnya tidak dapat ditandingi oleh susu-susu lembu, soya dan sebagainya.

Sebagai ibu menyusu, anda harus merasa bangga kerana anugerah Allah ini hanya dikurniakan kepada ibu yang menyusukan.

Umi sangat bahagia dapat menyusukan Imran, sambil menyusu boleh tumpang lena sekali hehe.. (time menyusu sambil baring), kadang boleh jadi alasan untuk tidak keluar kemana-mana, juga boleh jadi alasan untuk bermalas-malasan(haha..).

Comments