Sayonara..moga jumpa lagi

Naufal dan keluarga telah selamat terbang ke Jepun pada 1 Mei lepas.  Kami doakan moga perjalanan mereka dipermudahkan, selamat dan diberkatiNya.  Kecil-kecil lagi Naufal sudah belajar hidup diperantauan, bukannya mudah menjalani hidup di tempat orang.  Insyaallah tiga tahun akan datang kita akan bertemu lagi, waktu tu mesti Naufal dah malu-malu bila jumpa Imran, kan?

Ramai yang datang mengiringi pemergian mereka waktu di KLIA tempohari; atuk dan nenek dari Johor, atuk nenek Jerantut, pak uda sekeluarga, pak teh sekeluarga, cik wa, cik pi pun ada. 
kakak Syakirah malu-malu pulak!

Comments

bopandot said…
tq for coming. jom la skype, nk blajar masak nih! hehe
Nor said…
ok, bole je skpe ptg2 skit. after 6 should be ok.
bopandot said…
great! time yg sesuai.jap lagi nk kuar carik brg sat.
sini mmg online 24/7 kot.
bole tgk bdk2 ni skali.