7 Standard Penyusuan

Artikel ini umi digest dari majalah Pa&Ma keluaran Mei 2011.  Sangat menarik untuk dikongsikan di sini.
Menurut Pn Rita Rahayu Omar Pakar Laktasi, seorang ibu yang menerapkan 7 Standard Penyusuan ini akan mengalami kelewatan dalam kitaran haidnya selepas melahirkan anak.  Untuk makluman, purata haid kembali bagi wanita selepas bersalin adalah antara 2 bulan hingga 42 bulan. Ini bermakna ibu yang mengamalkan 7 standard ini makin lambat kitaran haidnya akan kembali, dan ini adalah normal. 

Apa dia 7 Standard Penyusuan tu?
1.  Menyusukan anak secara eksklusif dalam 6 bulan pertama, tanpa sebarang cecair atau makanan pejal diberikan kepada bayi.
2.  Memujuk bayi menggunakan payudara, samada untuk menidurkan bayi ataupun supaya bayi kekal selesa.
3.  Tidak menggunakan botol atau puting kosong (pacifier)
4.  Tidur dengan bayi untuk menggalakkan penyusuan di waktu malam.  Kajian membuktikan bayi akan menyusu  3 kali lebih banyak berbanding bayi yang tidur berasingan.
5.  Ambil  peluang tidur ketika bayi tidur waktu siang.  Rehat sambil menyusukan bayi amat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu.
6.  Kerapkan menyusu samada siang atau malam tanpa terikat dengan jadual penyusuan, susukan bayi mengikut kehendaknya.
7.  Elakkan apa jua amalan yang memerlukan ibu berjauhan dengan bayi.  Termasuklah menggunakan peralatan tertentu yang menggantikan peranan anda sebagai ibu.

Jadi para ibu semua, ayuh kita usahakan supaya penyusuan susu ibu sepenuhnya ini berjaya.  jangan mengeluh jika bayi asyik mengempeng sahaja terutama waktu kita ada bersamanya.  Penuhi segala keperluan penyusuannya, insyaAllah manfaatnya bukan sahaja kepada anak malah kepada ibu juga.

Comments