Kes menghabiskan pulut

Niat di hati memang nak buat kuih serimuka sebagai sarapan pagi semalam.  Silap pula umi tanak pulut banyak sangat kali ni.  Dah buat seloyang kuih serimuka, masih berbaki pulut ni.  Nak buat apa ye?

--


--

--

--


--

--

--

Haa..jom kita buat kuih lopes de squiera  pulak..
kreatif tuh!
Ini dah kira kes terdesak, balut pulut dalam daun pisang, lepas tu ikat dengan rubber band aje.  Jadilah kan...?
Resepi kuih lopez ni umi ambil dari MyR sumbangan Hazel dan tulip77.  Nak tengok step by step cara balut lopes jadi segi tiga, boleh klik sini.

Cara umi buat:
1. Bentukkan daun pisang menjadi segitiga.
2. Masukkan pulut dan padatkan menjadi bentuk 3 segi.
3. Ulang sehingga habis.
4. Ambil 3 bungkus pulut tadi, ikat guna rubber band (tali getah)
5. Rebus sebentar dalam periuk selama 10 minit.
6. Biar sejuk.  Keluarkan pulut dan balut dengan kelapa parut.
7. Hidangkan bersama air gula melaka.

Dapat dua menu sarapan pagi berasaskan pulut: serimuka dan kuih lopes.

Comments

bopandot said…
agak2, kalo buat serimuka guna beras jepun...menjadik tak ye?? teringin seh tgk serimuka tuu...
periuk kukus pn takde ni.abis idea nk kreatif cemane..huhu..tulung tulung..
Nor said…
Ida: beras jepun tu rasanya ala-ala pulut jugak kan? boleh kut, try la bereksperimen. Kalau tak de kukus, masuk oven buat style baine marie. mak-mak kena la kreatif!
anymz said…
salam umi
sedap, buat utk berbuka nanti ni..:)
bopandot said…
ooooohh..sokka! style baine marie eh.bagus.brilliant idea. will sure try! i'll let u know if bhasil. tp takde kaler la kot..
psst..tlg ler anta paste pandan or some food coloring plak. hehehe
Anonymous said…
salam..nk bgtau, kita se-grup utk cabaran ipad 2 di blog mysuperkids
kinna_82@yahoo.co.uk
http://kinna-kayrie.blogspot.com/

dh byk kali try komen kt blog ni tp takleh..i terpaksa guna anon..huhu
Pikri said…
Salam...klu xbleh komen, try guna profile Name/URL