Anak kurang selera makan?

Cuti raya baru-baru ini kami pulang ke Jerantut.  Seronok bercuti dapat jumpa nenek, atok, mak long sekeluarga, mak uda dan sepupu semua.  Memang meriah bila berkumpul ramai-ramai begini.  Yang paling seronok mestilah anak-anak, bila dah lama tak jumpa sepupu mereka; sakan mereka bercerita sambil bermain.  Tapi umi nampak perbezaan bila anak-anak sudah meningkat besar ni, cara percakapan dan pergaulan mereka dah bertambah baik.  Bila bercakap pun bunyi macam sopan segan silu gitu!  Maklumlah, semuanya dah besar panjang, dah segan nak terjerit-jerit macam budak kecil kan?

Cuma agak terkejut bila tengok Aiman (anak mak long) yang agak kurus cekeding, kaata uminya Aiman liat nak makan.  Masa puasa tempohari kadang dia tak sahur tapi masih tetap nak puasa.  Waktu berbuka pun makan sikit sangat.  Kasihan uminya susah hati tengok Aiman ni macam tak ada selera nak makan.  Umi cadangkan Aiman ambil mealshake (kebetulan umi bawa sekali pulang ke kampung), biasanya untuk Syakirah umi bancuh sekali dalam minuman susunya.  Untuk Aiman, umi cuba bancuh mealshake dengan air suam aje, Alhamdulillah Aiman kata sedap! Ohh kita tunggu bulan depan tengok Aiman dah bertambah berat badan tak?

Syukur sangat bila tengok Aiman suka minum mealshake tu, mudah-mudahan ekzema Aiman juga akan cepat pulih.  Mealshake ni memang bagus untuk anak-anak berusia setahun ke atas, ia mengandungi multivitamin yang dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan badan anak-anak.  Dengan kandungan multivitamin yang mencukupi, masalah berkaitan allergik dan ekzema juga dapat dikurangkan.

Umi nak kongsikan juga di sini beberapa testimoni oleh ibu-ibu yang gembira dengan perkembangan selera makan anak mereka setelah mengambil mealshake.

Ibu-ibu sekalian macamana? Hubungi umi di 013-3623889 atau emel ke norasiah99@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Comments