Berkelah di hari raya?

Pulang beraya tempohari sangat menyeronokkan, terutama buat anak-anak yang memang sudah lama teringin nak berkelah di kawasan air terjun.  Tercapai juga hasrat mereka.  Waktu warga kota berpusu-pusu pulang ke desa, kami masih santai menikmati hidangan hari raya. Petang raya pertama baru kami beransur balik ke Jerantut, tiba di rumah mak sekitar waktu Asar.  Keesokannya raya kedua sibuk melayan tetamu yang tak kunjung henti datang beraya, hingga ke malam kami masih melayan tetamu.  Wahh cik ida dari Jepun pun dah tiba, balik bercuti sempena hari raya.

Raya ketiga, ayah pula menyambung rutin ke Pusat Hemodialisis di Hospital Jerantut.  Jadi kami hanya berziarah sekitar rumah jiran terdekat.  Pagi-pagi lagi umi dan mak uda sibuk memasak siapkan bekalan untuk berkelah.  Raya macam ni ada orang pergi berkelah? Hehe... sengaja mencari kelainan, asyik makan kuih raya, ketupat semua, nak juga makan angin hirup udara segar.

Jom, kita ke Lata Meraung!






Comments