Turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat

Musim raya begini memang tak dapat nak elak dari banyak makan.  Maklum sajalah, jemputan ke rumah terbuka, ziarah kawan-kawan dan sanak saudara tak kan nak pandang aje makanan yang sedap-sedap tu kan?  Paling kurang pun mesti makan sepinggan dua juadah yang pastinya mengandungi lemak, kolesterol dan ohh pelbagai lagi... (takut nak sebut banyak-banyak).

Kena lakukan sesuatu untuk kembali ke berat badan asal, jika terlambat nanti lemak-lemak tu semua sudah 'berumah di badan' memang ambil masa nak pulih.  Jadi sebelum terlambat, mari kita ambil lecitin Shaklee.  Nak tahu kebaikan lecitin Shaklee ni?  Jom kita baca..!

kredit kepada izan ( yang berjaya turunkan 10kg dalam masa 4 bulan)
Baca pengalaman beliau di sini.

KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN

1.     PALING UTAMA – untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
·        Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol.
·        Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan      meningkatkan kolesterol baik (HDL)  
·        Membantu mengawal paras triglycerides
·        Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
·        Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

2.     PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
·        Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
·        Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini  dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
·        Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak  adalah lecthin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

3.     UNTUK KAUM TUA
·        Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angina, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
·        Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

4.     UNTUK PENGHADAMAN
·        Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

5.     UNTUK SEL
·        Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
·        Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh  badan kita

6.     UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
·        Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat  Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
·        Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber

HASIL PENYELIDIKAN (R&D)
·        Lecithin daripada soyabean  berkesan memecahkan deposit kolesterol
·        Lecitin daripada telor  boleh tetapi tidak bergitu berkesan

MENGAPA SHAKLEE
·        Kacang soya – sumber semulajadi yang terpilih.
·        Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
·        Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
·        Kepekatannya.
- 1 kapsul : 520 mg lecithin
                   78 mg phosphatidycholine
47 mg phosphatidylinositol

Comments

puanbee said…
teruja saya dengar cerita ni ..