Belas kasihan pada penduduk bumi...

Ada seekor kucing yang kemalangan (tak pasti siapa yang langgar-lari ni..) di kawasan kediaman kami.  Pulang dari solat zohor di surau ahad lepas Azzam, Faisal dan Ammar berkira-kira untuk kebumikan kucing tersebut.  Masing-masing penggeli sebenarnya, macam-macam idea mereka ni untuk mengangkat kucing tersebut dengan selamat; ada glove, penyodok. Akhirnya panggil abi juga minta tolong angkat kucing ni.
mangsa dimasukkan ke plastik hitam
tempat kejadian
Faisal ni memang agak skema ayatnya bila nak 'describe' sesuatu.  Katanya 'kucing tu kepala dia senget, badan semua ke tepi..' bila nak bagitau umi pasal keadaan kucing yang dilanggar tu.  

Teringat umi satu hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.
Riwayat at-Tabrani
  
Antara maksud dan huraian hadith ini ialah:

1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim
2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat
3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:
i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman
4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.
 

Comments

bopandot said…
it was sad.. but when i read ecal's description..cannot help but laugh a bit. hehe
sempat amik gmbr plak eh.. ^_^
Nor said…
bopandot: ecal maksudkan semua bahagian badan kucing tu in one position. tiba-tiba teringat teka teki burung apa yg semua paruh, bulu, badan dia di kaki? mcm tu la kut maksud dia hihi..
sempat ambik gambar, maklum le blogger..