Cucur manis untuk sarapan ringkas

Kadang-kadang memang agak buntu nak sediakan sarapan.  Hujung minggu anak-anak lebih suka sarapan berat, biasanya kami makan di luar samada berkelah di tepi tasik atau 'berkelah' di Khulafa Bistro.  Untuk sarapan yang ringkas waktu pagi yang agak 'rushing' umi lebih suka buat cucur manis.  Dah banyak kali buat, baru kali ni teringat nak ambil gambar dan kongsi di blog.

Sudah ramai yang mencuba resepi ini.  Teringat zaman kanak-kanak dulu, inilah sarapan kami sebelum ke sekolah. Dulu-dulu mana ada cereal, roti bakar semua.

Jom tengok resepi! Umi salin semula di sini untuk rujukan akan datang. Minta izin ye Izah!
CUCUR BOM MANIS

Sumber : daun_kesum@Jurnal Alkiram
sumber: annaqawina
salin dari : Izah Muffin Lover

Bahan :
1 sdt yis
1 cawan tepung gandum
2 sdb gula
3 sdb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Campurkan yis, gula, susu & sedikit air.L arutkan *Ana biar sampai pekat berbuih.
Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng.
Panaskan minyak masak.
Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
*Izah tambah garam, gaulkan kemudian biar sebentar adunan nampak naik balik, baru goreng.
Hidangkan.
* - umi perap 30 minit aje, masih jadi lembut gebu isi cucur ni dan garing di luar. kalau perap 1-2 jam lebih cantik jadinya.

Imran pun suka!

Comments