Jom masak-masak | Donut

Lagi aktiviti masak-masak bersama anak-anak. Suka sangat bereksperimen di dapur, yang tak seronoknya part nak kemas dapur. Waktu cuti begini bolehlah tugaskan masing-masing ada tugasan sendiri, kalau tidak umi tak akan benarkan mereka main masak-masak lagi. 

Kali ini kami buat donut pula. Resepi ini umi olah sendiri, hasil eksperimen buat roti tempohari. Hipotesis umi ialah roti akan kekal gebu jika menggunakan whipping cream menggantikan susu segar.  Jadi resepi kali ini nak gunakan whipping cream.  Jom kita cuba!

Donut gebu
oleh : umi of dapuraulad

bahan:
5 c tepung gandum
1 peket yis kering (umi guna Mauripan)
1 c susu segar
1/2 c whipping cream
1/2 c gula halus
1/4 st garam
3 sb marjerin
2 biji telur
Syifa' tak sabar nak makan

banyak ni..

Cara membuatnya:
1. Sebatikan semua bahan kecuali marjerin. Uli biar rata.
2. Masukkan marjerin, terus uli biar menjadi doh yang licin.
3. Apabila doh sudah licin, masukkan dalam beg plastik yang besar dan bersih.  Uli doh dengan cara meramasa-ramas beg plastik tadi. Terus uli selama 15 minit.
4.  Keluarkan doh.
5.  Taburkan sedikit tepung di permukaan meja supaya doh tidak melekat. Bentukkan doh menggunakan acuan donut mengikut saiz yang disukai.
6. Biarkan donut yang telah dibentuk tadi mengembang anggaran 2 kali ganda (sekitar 30 minit)
7.  Goreng donut dalam minyak panas dengan api kecil sehingga masak.
8.  Angkat dan toskan donut.
9.  Boleh disalut dengan gula aising atau dicelup coklat dan hias dengan coklat rice atau thousand color.

ada yang suka buat begini

boleh juga buat macam ni..

Comments

'aliya alime said…
Wah, sedapnya. Dari sini pun boleh terliur. Hahaha :)