Nasi Maglubah Udang | resepi pantas!

Bangun pagi tadi terpinga-pinga tak ada idea nak masak apa untuk hari ni.  Hujung minggu umi selalunya akan masak 'all-in-one', selesaikan semua urusan di dapur sebelum anak-anak turun dari bilik.  Sekurang-kurangnya tiada yang mengganggu umi waktu memasak.  Maklum ajelah, rumah tanpa 'pembantu asing' ni memang kena siapkan kerja segera sebelum 'dibantu' oleh anak-anak (tolong buat sepah).

Tengok dalam freezer ada udang, dalam fridge pula ada terung, cauliflower.  Hmmm..jom buat nasi maglubah udang!

Kali ni nak bereksperimen lagi, biasanya buat nasi maglubah ayam atau daging.  Resepi boleh intai sini juga di sini.  Umi cuma tukarkan ayam kepada udang.  Oh ya, bersihkan udang dan terus goreng tanpa buang ekor dan kepalanya.  Hipotesis umi kononnya air dari kulit udang ni lagi sedap bila dimasak bersama nasi.  Jom kita lihat hasilnya!


belum diletakkan beras
Bagi umi resepi ni sangat cepat dan sedap.  Hanya dalam beberapa langkah saja nak sediakan hidangan lengkap ni.  Ini cara yang umi buat:

Nasi maglubah Udang
oleh : Umi of dapuraulad
bahan:
3 biji kentang
cauliflower
3 biji terung
2 c beras
udang
3 c air
1 sb rempah (campurkan rempah kurma dan rempah briyani)
1 kiub stok ayam
1/2 sb garam - bancuh kiub ayam, rempah dan garam dlm air

Cara membuatnya:
1. Rendam sayuran dalam Basic H.
2. Kupas kentang, belah 4, bersihkan beras, bersihkan udang (tak perlu buang ekor dan kepala)
3. Goreng kentang, goreng sayuran, goreng udang (setiap satu jenis berasingan), sekadar separuh masak shj.
4. Aturkan kentang, sayuran dan udang dalam periuk. Masukkan beras, air, bancuhan rempah dan garam.
5. Tanak nasi seperti biasa.

Alhamdulillah memang sangat sedap nasi ni. Kakak Syifa dan Syakirah masing-masing makan 3 pinggan!  Wahh nampaknya kena buat lagi ni minggu depan.

Comments