Homemade popcorn!

Yeayy!
Itu aksi anak-anak bila saya berjaya buat popcorn di rumah. Sangat gembira bila dapat makan popcorn buatan sendiri, tak sangka boleh buat sendiri di rumah.

Resepi yang sangat istimewa ini saya jumpa di dapur puan bee, terima kasih ye puan bee sudi kongsikan cara membuat pop corn ni!

Kalau nak tengok resepi asal, boleh jenguk sini.  Ini cara saya membuatnya:

Bahan:
1/2 c biji jagung
6-7 sudu besar minyak masak

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Masukkan biji jagung, kecilkan api biar sederhana
3. Tutup dengan penutup kuali. Biarkan kesemua biji jagung kembang. Tunggu hingga habis bunyi 'pop' baru ditutup api dan buka penutup kuali.

1/2 cawan biji jagung (beli di kedai bakery)

minyak secukupnya menutupi biji jagung
tunggu...


pop!
Boleh buat pelbagai perisa. Saya buat perisa karamel sahaja iaitu panaskan 2 sudu besar marjerin + 3 sudu besar gula pasir. Panaskan biar gula cair, tutp api, masukkan pop corn tadi dan gaul rata.
perisa karamel

Comments

fuzidss said…
salam... wah mudahnya..mana nak beli jagung tak kak?
Nor said…
fuzidss: saya beli biji jagung ni di kedai bakery Bagus sect.13 shah alam.
Cubalah, mesti anak-anak kagum!