Mengidam?

Kredit kepada MommyLyna
Pernahkah anda tiba-tiba teringin nak makan sesuatu… ya mungkin bila dalam keadaan lapar, kita mudah teringin nak makan apa-apa. Ataupun bila terdengar atau terlihat sesuatu makanan, kita jadi teringin.
Pakar nutrisi percaya yang mengidam merupakan petunjuk bahawa badan kekurangan zat-zat makanan tertentu. Sebagai contoh, jika makanan yang anda mengidam ialah ais atau sebarang benda yang bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan.

mengidam

Tapi, tahukah anda, mengidam makanan atau ‘craving’ sebenarnya berkait rapat dengan kekurangan zat dalam badan kita?

Mengidam atau teringin makanan terbahagi kepada 2 jenis – emosi dan fizikal. Mengidam secara emosi ialah perasaan teringin, mungkin tengah lapar atau tengok orang makan makanan yang sedap, menyebabkan kita pun teringin sama. namun begitu, sekiranya tubuh kita kekurangan vitamin dan mineral, kita juga akan mengidam makanan tertentu. Ini dipanggil mengidam fizikal. Tubuh kita sebenarnya memberi isyarat bahawa ia memerlukan ekstra vitamin.

Jadi, bagaimana nak kenal dan tahu antara mengidam emosi ataupun fizikal?

Jika anda mengidam COKLAT, anda mungkin kekurangan VITAMIN B & MAGNESIUM
Dapatkan vitamin B Complex Shaklee yang terdiri dari 8 jenis vitamin B yang lengkap serta Ostematrix untuk bekalan magnesium harian.

Jika anda mengidam BENDA PELIK (saya pernah dengar orang mengidam kiwi kasut, kertas, etc), and mungkin kekurangan ZAT BESI
Dapatkan Vitalea Iron Formula bagi mendapatkan bekalan zat besi anda.

Jika anda mengidam BENDA MANIS (aiskrim, kek, kuih manis, etc), anda mungkin kekurangan minerals seperti chromium, carbon, phosphorus, sulfur or tryptopha
Dapatkan Vitalea Iron Formula atau Mealshake untuk bekalan vitamin dan mineral anda.

Sekiranya anda teringin nak makan sesuatu, cuba periksa adalah ia berlaku sepanjang masa atau hanya dalam keadaan tertentu saja. Jika keinginan itu berlaku sepanjang masa, anda mungkin bermasalah kekurangan vitamin tersebut. Anda mungkin takut gemuk kalau asyik teringin makan coklat aje.

Jadi, apa salahnya anda dapatkan vitamin terbaik bagi mengawal keinginan terhadap makanan ni. Lebih baik mencegah dari mengubat kan?


Comments

Guru said…
salam membalas ziarah ... :)
ida =) said…
Coklat? Sentiasa teringin makan benda manis. Choc, cake, ice cream... Yummy! Xkan tolak walaupun perut kenyang
Nor said…
Mama Adam: sesekali boleh apa salahnya..tapi jangan selalu ye, bimbang gula tinggi tu!
Nor said…
CikguNormah: terima kasih sudi jenguk kami.