Perlukah kita ambil vitamin?

Mampukah kita untuk pastikan pengambilan makanan seharian kita mengandungi cukup vitamin dan khasiat seperti yang sepatutnya? Contoh mudah, berapa banyak buah yang perlu kita makan sehari untuk pastikan badan mendapat Vitamin C secukupnya?  Berapa kilo sayur perlu diambil?  Persoalan lain: Adakah bahan mentah (sayur, daging contohnya) diproses dengan betul supaya zat dan vitamin tidak hilang?  Dan pelbagai persoalan lagi yang perlu kita fikirkan. Tambahan pula dengan batasan masa dan gaya hidup moden sekarang ini kadang kala memaksa kita 'makan sekadarnya' tanpa menitikberatkan kuantiti  apatah lagi kualiti khasiat makanan yang kita ambil.  Golongan ibu menyusu pula terpaksa menanggung tanggungjawab yang lebih berat; memastikan badan sendiri mendapat khasiat secukupnya dan pada masa yang sama nak pastikan susu mencukupi dan berkhasiat untuk si anak.  Besar sungguh pengorbanan ibu-ibu ni ye..!

Kesan pengambilan Vitamin
Tindakbalas vitamin ke atas badan adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain.  Bagi mereka yang sudah dibiasakan dengan pengambilan vitamin, penyerapannya lebih mudah berbanding individu yang jarang-jarang sekali ambil vitamin.  Oleh itu jangan cepat mengeluh jika sudah seminggu ambil vitamin tapi masih kekal dengan tabiat pemakanan lama, suka 'junk food', suka minuman bergas atau ais, rehat tak cukup, minum air sekadar hilang haus sahaja.  Badan perlukan masa untuk membaiki tisu-tisu yang rosak, sebelum menghasilkan output sepatutnya.  Selain dari itu pastikan ibu-ibu tidak ambil minuman atau makanan berkafein seperti kopi, teh dan kebanyakan minuman bersoda.  Kafein merupakan musuh vitamin yang boleh memusnahkan vitamin dalam badan.


Antara perubahan yang berlaku pada tubuh selepas pengambilan vitamin adalah seperti:


1. Healing crisis - badan rasa lemah, lesu, mungkin demam kerana proses nyahtoksin sedang berlaku.

Jika ini berlaku, banyakkan minum air sekurang-kurang 3Liter sehari, sabar dan berdoa. 

2. Badan rasa semakin cergas dan kurang lesu.

3. Kulit menjadi lebih licin dan cantik
4. Rambut juga semakin kurang gugur
5. Lebih bijak mengawal emosi dan rasa lebih tenang

Comments