Chocolate indulgence cake | Cubaan pertama

Kata orang cubaan pertama tak semesti berjaya.  Itulah yang berlaku pada saya baru-baru ni.  Gara-gara tak tahan nak makan kek chocolate indulgence di Secret Recipe, balik rumah terus bersilat buka resepi kek ni.  Dari jam 2ptg lepas solat zohor, bancuh kek hingga siap sejukkan dalam fridge, dalam pukul 9 malam baru kek siap.





Ingatkan kek dah 'set' keras elok, rupanya masih goyang-goyang lagi! tapi saya makan juga la sebab dah tak sabar-sabar menunggu lebih 7 jam. Abi ajak keluar makan sate kajang (ada outlet baru buka di kompleks PKNS) pun saya tolak semata-mata nak menikmati kek yang sedap ni!
letak buah segar (nak cover rupa paras tak licin tadi) hihi..

lapisan white tu kena tebalkan lagi!

Memang tak menjadi secantik kek di Secret Recipe (ada hati nak tiru tuh!), tapi dari segi rasa memang tak kalah hihi..

Betullah tu, kek yang serumit ini memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi nak membuatnya. Apapun, ini baru cubaan pertama, akan disusuli dengan cubaan kedua dan seterusnya hingga berjaya. Cuma saya nak warning: jangan tempah kek ni dari saya, memang nak nangis membuatnya lebih 12 jam huhu..

Resepi? ok tunggu....!

Comments