Kenapa saya sukakan ESP!

Antara 'hot item' produk Shaklee adalah Energizing Soy Protein atau ringkasnya disebut ESP. Produk ini sangat laris, bukan di kalangan ibu menyusu sahaja malah ramai wanita yang mengambilnya untuk tujuan kecantikan kulit.

Saya nak kongsikan pengalaman saya dengan ESP, sungguh saya sangat suka produk ini! Biasanya saya ambil ESP ditambah dengan mealshake atau minuman lain seperti milo untuk sarapan. Kemudian saya ambil vitamin asas (vitalea, b complex dan vita C) seperti biasa.  Alhamdulillah saya masih rasa kenyang sehingga waktu makan tengahari.  Kalau sebelum ni, biasanya saya mula melilau cari makanan sementara tunggu waktu lunch. Maklumlah jadi ibu menyusu ni memang cepat rasa lapar.  Kadang saya makan apa sahaja yang ada dalam stok simpanan di pejabat (waktu pejabat) atau lebih haru lagi saya makan jajan yang ada di rumah (konon sorok tak mau bagi anak makan huhu..).

Yang seronoknya, ada seorang ibu menyusu yang turut amalkan minum ESP ini sebagai milkbooster tapi dia dapat kesan sampingan yang sangat positif iaitu kulit mukanya jadi berseri-seri!  Saya tak dapat nak tunjukkan bukti sebab kawan ni takde blog, dia hanya hubungi saya melalui telefon.


Saya juga nak kongsi pengalaman ibu lain yang amalkan ESP dan dapat faedah yang sama. Jom kita baca!

kredit
sumber: blog Puteri

saya bukanlah pakar dalam hal- hal breastfeeding ni. ada banyak trial and error saya buat sejak anak pertama. bila tiba anak kedua, pandai la sedikit. lepas tu mula share la dengan kawan- kawan yang nak breastfeeding juga. bila salah amalan saya, salah la juga amalan diaorang haha! tapi yang bagusnya, bila saya yang mula breastfeeding, dapat lah saya share the do's and don'ts tu dengan mereka. kiranya dalam ketaksempurnaan saya melaksanakan penyusuan ni, ada juga lah yang beroleh manfaat. cewah.
saya ingat hari pertama saya kembali bekerja, saya share minibar rakan saya di opis yang juga mengepam. ketika itu anaknya dah 2 bulan lebih. bila saya bawa susu yang diperah, rakan saya excited sangat, dan cakap "waaaa pekatnyaaaaa.." kebetulan pulak hari tu dapat pam dekat dua botol penuh, lagi la dia excited, "waaa banyakkknyaaa..."
saya kembang kempis juga la gembira dan bangga haha! terus saya share dengan dia, apa yang saya amalkan untuk dapat susu pekat & banyak. saya share SEMUA! tips, jadual mengepam, jenis vitamin yang saya ambil, dengan contact distributor shaklee saya. lekas- lekas dia order, ikut tips dan jadual. alhamdulillah berhasil juga. tapi kami berdua memang ada masa culas juga mengepam kat opis tu tambah2 waktu sibuk. dan percayalah, banyak mana pun vitamin atau milk booster food kita telan, kalau culas, malas, leka nak pam, minum air, jangan lah harap susu mencurah- curah yer. mencurah air ke daun keladi mungkin- haha tak relevan.jadi, saya share kat sini, apa yang saya makan, minum dan buat untuk tatapan semua (eceh semua, macam ramai je ahaha):


saya minum energizing soy protein 2-3 kali sehari
saya ambil vitalea, vitamin c, b- complex, dan alfalfa ikut jadual
saya tambah lagi dengan ostematrix sebelum tido
inilah yang saya buat sejak 6 bulan yang lepas. ada hari2 saya terlupa juga, atau ada hari yang susu banyak (hari cuti, hari yang relax happy, tenang) saya kurangkan alfalfa & ESP (mainly because nak jimat cermat ahaks).
jika orang bertanya, boleh ke tidak ambil alfalfa saja, saya memang cakap tak boleh. pasal apa? pasal nanti bila badan letih, lesu, stress dan takde sokongan multivitamin, vitamic c dan b-complex, sebotol alfalfa pun tak dapat membantu. saya tak berani jamin pasal saya tak buat gitu hehe. dan ESP ni ramai yang bertanya juga. ini bonus yang saya dapat selepas 6 bulan minum ESP, selain untuk maintain milk supply
- warna kulit muka lebih sekata, jerawat jarang sekali muncul these days...
- firmer body, i lost inches- protein helps to firm up body FYI
Best kan? Bukan satu, atau dua malah banyak faedah dan kebaikan amalkan ESP ni. Jom ibu-ibu!

Comments