Best cookies ever!

Bulan Mac ini kami bakal meraikan lebih 5 orang ahli keluarga yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini.  Antaranya Atuk pada 13 Mac, fawwaz 23 mac, Tok chik, abg afiq dan hakim pada 29 mac. Ohh tak lupa juga maksu eni pada 3 mac (rindu kat maksu)!

Kebiasaannya saya akan sediakan 3 biji kek dengan perisa berbeza utk sambutan secara berkelompok ni, tapi kali ni nak buat kelainan sikit. Atuk sebenarnya kurang gemar makan kek, dia paling suka biskut choc chip yang peuh dengan kacang. Jadi bertepatan dengan tarikh 13 Mac baru-baru ini saya buat biskut ni. Subhanallah memang sangat sedap! Hinggakan anak-anak request supaya buat lagi, tak cukup 2 adunan.

Nak kongsikan resepi hasil eksperimen sempena cuti sekolah ni, saya ubahsuai dari resepi asal ini.
Memang lebih rangup, lebih terasa kacang sebab ada serbuk badam ni. Ok, jom semak resepi!

Best cookies ever
oleh : umi of dapuraulad

Bahan: (utk 2 adunan)
3 1/2 c tepung pelbagai guna (tepung gandum biasa pun boleh)
1 c gula perang
1 c gula kastor
1 biji telur (ambil telur kuning shj)
1 biji telur (keseluruhannya)
1/2 c serbuk badam
1 1/2 c mentega
1 sb tepung naik sendiri
1 c kacang badam - tumbuk kasar
1 c choc chip

Cara membuatnya:
1. Sebatikan mentega, gula menggunakan whisk.
2. Masukkan telur, tepung, serbuk badam. Biar adunan rata dan sebati.
3. Masukkan kacang badam dan choc chip. Untuk lebih rangup, elok panggang kacang badam sebentar sebelum dimasukkan dalam adunan
4. Sudukan atas loyang, sedia untuk dibakar. Biasanya biskut dibakar selama 12-15 minit dengan suhu 160C.
5. Sejukkan atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

sebelum

selepas
Kami panggil biskut ni best cookies ever, sebab memang sangat sedap dan rangup! Maksu eni try buat tau!

Comments