Salahfaham antara vitamin dan ubat

Ramai juga yang masih keliru perbezaan di antara ubat dan vitamin. Tak kurang juga yang bertanya; perlu ke kita makan vitamin kalau kita dah ambil makanan seimbang? Saya jawab YA kerana badan kita tak boleh menghasilkan (sintesis) vitamin sendiri, kecuali vitamin D (perlukan cahaya matahari). Tambahan pula dengan gaya hidup serba ringkas, serba segera zaman sekarang ni lagilah memaksa kita mengambil vitamin atau makanan tambahan.

Saya ringkaskan perbezaan di antara ubat dan vitamin dalam jadual seperti di bawah. Jom baca!


Ubat
Vitamin (Food supplement)
Ubat adalah bahan yang ganjil dengan tubuh, ia bukan sebahagian daripada tisu-tisu badan kita dan tidak juga menyumbang kepada pembinaan sel badan.
Bahan berkhasiat, semulajadi dan penting kepada tubh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan alami beberapa kelemahan dan kegagalan fungsi organ
Merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi badan dengan mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim
Bahan berkhasiat ini membantu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh kita
Boleh menyebabkan kesan sampingan, kebanyakannya boleh kekal dalam badan. Aspirin contohnya boleh menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan, telinga berdengung, bintik merah, gangguan penghadaman dan sebagainya
Tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos hanya menyebabkan gangguan sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi keadaan terlebih dos
Bertindak baik secara berasingan. Kesan ubat boleh terganggu dengan penggunaan ubat yang lain dan boleh juga mengakibatkan kesan sampingan yang mudarat.
Ia bertindak lebih baik secara bersatu di antara satu sama lain ibarat rantaian.  Malah kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik
Baik dimakan biasanya di antara dua waktu makan bagi mengelakkan kesan saling mempengaruhi di antara satu sama lain.
Boleh diambil bersama makanan. Ia lebih berkesan menyerap bersama makanan dan meningkatkan kesan penghadaman makanan
Berkemungkinan mengakibatkan maut jika diguna secara berlebihan
Selamat diambil, tiada risiko maut
Menghasilkan kesan kepada setiap orang
Tidak menghasilkan kesan kepada tubuh, kecuali jika tubuh kita mengalami kekurangan vitamin tersebut.
Bertindak cepat, secara agresif dan kita akan nampak kesan tindakan ubat dalam masa beberapa minit atau jam
Bertindak secara perlahan, mengambil masa yang lama untuk memberi kesan baik kepada tubuh
Merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukan merawat punca sakit. Ia hanya menutupi kesakitan, bukan memulihkannya
Merawat terhadap punca penyakit
Perlu pengawasan rapi bagi mengelakkan `overdose’
Tidak perlu pengawasan rapi. Badan boleh menerima bekalan vitamin secara terhad, jika bekalan mencukupi maka ia tidak akan menerimanya lagi
Orang lebih tua perlukan ubat dalam sukatan lebih rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang lebih serius berbanding orang muda
Orang tua perlukan lebih banyak sukatan vitamin kerana faktor kekurangan yang berlarutan serta sistem penghadaman yang semakin lemah
Ubat boleh menyebabkan penyakit
Vitamin mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dari serangan kuman bakteria dan virus serta melambatkan proses kemerosotan fungsi organ badan

Comments