Projek malam jumaat

Kebiasaannya saya jarang terima tempahan waktu hari bekerja, maklum sajalah FTWM (Fulltime Working Mom) yang tiada 'maid' macam saya memang kesuntukan masa. Bagi saya waktu malam di rumah adalah untuk anak-anak, nak ajar mengaji, nak tengokkan kerja sekolah mereka dan macam-macam lagi.  Tapi kali ni terpaksa korbankan masa anak-anak demi menjayakan satu misi,, (ehh bunyi macam projek besar-besaran pula..).

Pn Hayati tempah 60 biji cupcake vanila dan red velvet untuk makan-makan sempena 'kerja kawin' anak Prof Zainab. Jadi cupcake ni untuk dijamu kepada ahli-ahli kerja kenduri yang rajin dan sanggup meluangkan masa serta tenaga membantu keluarga Prof Zainab.

Comments