Homemade fishball

Oleh kerana Imran ada ekzema dan berpantang makan makanan laut seperti sotong, udang juga ayam, maka lauk yang sesuai untuk Imran hanyalah ikan isi putih serta sayur-sayuran.  Alhamdulillah dia sangat suka makan sayur terutama brokoli dan kacang buncis.

Saya buatkan bebola isi ikan menggunakan isi ikan tenggiri, kadang guna isi ikan jenahak.  Cuma tekstur isi ikan jenahak agak lembut dan sukar dikepal berbanding isi tenggiri yang lebih kenyal.

Mudah sahaja cara membuatnya, cuma korek isi ikan (mentah) dan tambahkan 1 sudu teh tepung ubi atau tepung sagu, kadang saya juga guna tepung jagung. Tak perlu tambah garam atau serbuk perasa kerana anak kecil tak pandai menilai rasa manis atau masin, kita yang dewasa sahaja yang cerewet dengan rasa makanan. Gaul isi ikan tadi dan kepalkan atau bulatkan menjadi bebola. 
 Boleh dimasukkan dalam sup dengan cara tumis bawang putih yang diketuk, kemudian tambah air.  Masukkan kentang juga sayur kegemaran.  Oh ya, Imran suka makan nasi impit bersama sup bebola ikan. 

Selalunya sayur dihabiskan dulu, kemudian bebola ikan dan kentang, nasi selalunya berbaki tak dihabiskan.


Comments