Kebaikan vitamin E semulajadi untuk ibu menyusu

kredit

Bagi mereka yang ‘celik suplemen’, vitamin E adalah salah satu vitamin penting yang diberi macam2 nama.. Vitamin Cintalah, dan yang nyata vitamin E ni adalah*antioksidan *yang baik.

Vitamin E ni banyak sangat kebaikan dia. Tapi saya nak cerita tentang kebaikan vitamin E kepada ibu yang menyusukan anak.

Ibu yang menyusukan anak memerlukan Vitamin E lebih dari orang biasa, malah lebih dari ibu hamil. Kenapa ibu menyusu memerlukan vita-E:

*Mengelakkan anemia pada bayi*

Menurut Jan Riordan, penulis buku “Breastfeeding and Human Lactation”, vitamin E diperlukan untuk mengelakkan anemia di kalangan bayi. Laporam Kids’ Health pula menyatakan, ibu yang kekurangan pengambilan vitamin E menyebabkan bayi yang disusuikan kurang bekalan vitamin E.

Anemia bermakna kekurangan oksigen yang dibawa oleh darah akibat kekurangan sel darah merah. Ia amat bahaya kepada bayi yang sedang dalam proses membesar.

*Menjaga kesihatan otot untuk menurunkan berat badan lepas bersalin*

Lumrah ibu yang baru lepas bersalin ingin mendapatkan berat asal. Namun, kekurangan vitamin E mungkin boleh mengganggu kerana menurut Eileen Behan, dalam bukunya “Eat Well, Lose Weight While Breastfeeding”, ibu yang ingin turun berat badan memerlukan vitamin E untuk pembentukan otot yang sihat. Otot yang sihat dapat membakar lemak dengan lebih efektif.

*Vitamin E sebagai ‘first aid’*

Vitamin E harus selalu ada dalam stok ibu menyusu sebagai ‘first aid’ bila mengalami bengkak susu. Ini kerana vitamin E membantu mengurangkan bengkak dan inflamasi.

Persoalannya, apakah vitamin E yang sesuai dengan ibu menyusu?

*UNTUK PENGAMBILAN VITAMIN E HARIAN*

ibu menyusu lebih sesuai mengambil GLA complex kerana kandungan vitamin E lebih rendah iaitu 15 IU sahaja.


Untuk first aid - kurangkan bengkak susu, luka pada nipple lebih sesuai ambil vitamin E


Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments