Buttermilk Cinnamon rolls

Lama dah teringin nak buat cinnamon rolls, kali ni nak cuba resepi baru pulak. Nak buat eksperimen, samada resepi lagi best atau ku terpaksa setia dengan resepi lama haha..
Jom kita cuba!

Resepi salin dari blog TTM, minta izin ye!
Makes 12 rolls
INGREDIENTS:
Rolls:
¾ cup buttermilk, warm
6 tablespoons(3 oz) butter, melted and cooled
3 large eggs
4 ¼ cups (21 ¼ ounces) flour
¼ cup (1 ¾ ounces) sugar
2 ¼ teaspoons instant yeast
1 ¼ teaspoons salt
Filling:
1/2 cup (4 oz) butter, softened to room temperature
1 cup brown sugar*
2 teaspoons cinnamon*

Glaze
1 1/2 cup icing sugar, sifted
3 tbsp buttermilk

1. Masuk semua bahan dalam BM mengikut arahan BM masing2. Setting: Dough.
2. Setelah dough siap, keluarkan dan tumbuk dough utk keluarkan angin.
3. Tabur sedikit tepung atas tempat menguli dan canai doh membentuk  segiempat  16 x 18in
4. Sapu butter atas doh dengan sekata kecuali 1 inci dari border. Campurkan bertanda * dan tabur  dengan sekata dia atas butter.
5. Mula dari bahagian panjang, gulung dough macam swiss roll.
6. Potong sekata sebanyak 12 bahagian dan letak dalam bekas pembakar secara bertindih dihujung setiap roll.
7. Tutup dan biarkan selama 1 jam atau naik seganda saiz.
8. Bakar dalam preheated oven 200C selama 15-20 minit atau hingga masak bergantung oven masing2.
9. Sediakan glaze dan boleh drizzle atas rolls yang masih suam.
 Saya suka tambah raisin.
Guna doh yang sama buatkan beberapa biji bun bilis sebab ada orang kat rumah ni tak gemar cinnamon rolls (hihi...sapalah tu..)

Hmmm...boleh tahan juga, lembut, gebu, wangi (kata kakak Syakirah)!

Comments

JaSSNaNi said…
Assalamualaikum...
singgah sini tengok cinnamon rolls... sedap kan.. lagi2 bau harum tu time nak masak tu.. wangi 1 rumah.. kan kan..
Nor said…
JaSSNani : terima kasih sudi jenguk sini. Memang wangi satu rumah bila masak cinnamon rolls ni. Sedap juga resepi yang ni, lembut.
kak ina kl said…
salam ziarah..wah nampak sedap cinnamon ni..anak anak akak pun suka
Nor said…
kak ina kl : wahh tak sangka otai blogger singgah dapur saya...!
terima kasih akk ina sudi ke sini.