Inti kelapa

Antara aktiviti wajib bila balik kampung ialah menyiapkan stok bekalan inti kelapa. Memang wajib ada stok inti kelapa ni, bahan yang mesti ada untuk buat pau kelapa, bun kelapa dan juga kuih ketayap.

Kelapa 2 biji petik sendiri di belakang rumah, bahan-bahan sedia ada cuma perlukan sedikit kerajinan sahaja untuk membuatnya!

Bahan-bahan inti kelapa:
2biji kelapa diparut isinya (kelapa tidak terlalu tua)
600g gula pasir
3 keping gula melaka
1 cawan air
Sedikit garam

Cara membuatnya:
1. Panaskan air, gula melaka, garam dan gula pasir hingga larut.
2. Masukkan kelapa parut tadi.
3. Kacau adunan sehingga sebati.  Teruskan kacau adunan dengan api sederhana sehingga inti agak kering.

Comments