Quick breakfast with quick burger

Marah mat saleh kalau tengok cara orang Melayi makan burger. Bagi orang Amerika,  burger  ni sebagai makanan ruji mereka, lengkap dengan protein dan sayuran. Tapi orang Malaysia ni lagi kreatif! Ada burger sambal, burger bakar, burger tower, 5 tingkat, 6 tingkat dan macam-macam lagi. 

Ada satu restoran nama Big Hug Burger di Subang Jaya jual variasi burger; satay burger, nacho nacho burger pun ada. Hmm...bole cipta lagi ni...Burger sambal kerang bole eh?
Bagi anak-anak saya, burger ialah apa sahaja roti yang dilapis daging atau sosej atau nuget kemudian letak sedikit salad atau timun.

Kadang-kadang saya hidangkan burger ni untuk sarapan. Mencari kelainan selain daripada sarapan nasi lemak atau bihun goreng. Anak-anak pun suka.
Bahan yang saya guna biasanya adalah telur mata kerbau, gorengan nuget atau quickburger (lihat gambar) dan dihiasi salad serta hirisan timun.
Bun samada buat sendiri atau beli (sendiri) di kedai.  Hehee...

Panaskan kejap bun yang dibelah 2 ni supaya burger rasa garing. Kemudian sapu mentega pada permukaan dalam bun. Kemudian lapisi dengan daging atau burger tadi. Tambah salad, timun dan sos jika suka. Siap!

Jemput makan!
belah roti kepada 2 bahagian

Comments