Carrot cheese cake

Mendengar nama kek lobak ni anak-anak sudah geleng kepala.  Tanda tidak setuju dengan kek ini. Kebiasaanya  hanya makcik-makcik sahaja yang suka kek berat macam ni. Budak-budak suka kek fancy and colorful. Saya cuba meyakinkan anak-anak bahawa kek lobak ni sedap dan penuh berkhasiat. Kita tengok hasilnya nanti ye ;-)

Resepi asal namanya carrot walnut cake dari sifu Suria.  Saya salinkan resepi asal di sini utk rujukan akan datang. Sebenarnya saya sudah mencuba beberapa resepi carrot cake, ini yang paling saya suka. Walaubagaimanapun saya buat sedikit modifikasi sesuai dengan selera saya.

Bahan-bahan:
4 biji telur saiz A -asingkan putih dan kuning
11/2 c minyak sayur - saya hanya guna 1 c minyak jagung
150g gula kastor- saya kurangkan kpd 130g
150g gula perang
11/2 c parutan lobak -anggaran 2biji lobak besar
250g tepung gandum
1 st serbuk kayu manis
1 1/2 st serbuk soda
1 st garam
1 st serbuk penaik - saya tambah sendiri.
100g walnut panggang dan cincang - saya ganti dengan almond
Cara membuatnya:
1. Pukul putih telur sehingga jadi meringue. Ketepikan sebentar.
2.Ayak tepung, soda, serbuk penaik, garam dan serbuk kayu manis.
3. Dalam mangkuk besar, pukul kuning telur. Masukkan minyak, gula, parutan lobak.
4. Masukkan kacang cincang tadi.
5. Masukkan bahan yang diayak tadi dan kacau sebati.
6. Masukkan putih telursedikit demi sedikit dan kacau perlahan secara kaup balik. Gunakan spatula atau senduk kayu.
7. Tuang ke loyang bergris saiz 9inci.
8. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 celsius selama 45minit atau sehingga kek masak.

Bila kek sudah masak, sejukkan di atas redai sebelum dihias.  Saya suka hias dengan creamcheese topping.  Boleh rujuk sini untuk resepi creamcheese topping.  Boleh juga diganti dengan buttercream topping.

Semalam buat kek ini atas permintaan seorang kawan untuk sambutan hari ulangtahun sahabatnya, menggunakan buttercream pula.

Comments