Sambal terung yang sungguh menyelerakan

Kalau makan tengahari, suami saya request menu pedas. Samada asam pedas atau lauk sambal. Kat rumah ni tak pernah buat sambal belacan sebab takde siapa yang makan cili atau belacan.
Kalau lauk asam pedas, kebiasaanya ikan tenggiri atau jenahak. Kalau takde pun, ikan cencaru pun boleh. Yang penting mesti ada sayur bendi dan kuah mesti cukup pedas dan pekat tak mau cair.
Kalau lauk sambal, kebiasaanya saya buat sambal bilis bersama tempe goreng, bilis dengan kentang goreng rangup atau sambal terung.
Hari ni buat sambal terung, memang berselera makan lunch hehe...tapi kena control nasi tak boleh makan lebih 1 mangkuk ye, kabohidrat jangan berlebih.
Resepi saya ringkas sahaja. Nak cuba?

Bahan:
3 terung dibelah - salut kunyit sikit
Cili merah 3 biji
Bawang besar 1 labu
1 sb sos tiram
1st gula
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Goreng sebentar terung biar layu. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk lumat cili dan bawang besar. Saya tumbuk asing-asing supaya senang lumat.
3. Tumis cili dan bawang biar garing dan wangi.
4. Masukkan sos tiram dan gula.
5. Kacau biar rata. Angkat.
6. Curahkan ke atas terung tadi. Siap!

Comments