Kerabu mangga

Minggu lepas saya balik ke kampung bersama anak-anak, suami out station. Sesekali kena memandu sendirian ditemani anak-anak, suspen juga hati ni. Tapi anak-anak seronok aje nak balik kampung, mereka tak fikirkan pasal jalan jammed atau apa-apa. Masuk kereta kejap aje lepas bernyanyi dan bergurau-senda, semua dah senyap dan tidur. Terkebil-kebillah saya memandu sendirian.
Kebetulan musim buah baru nak bermula. Kebanyakan pokok buah-buahan mulai berbunga. Ada juga yang sudah berputik. Nampaknya pokok rambutan, durian dan dokong galak berbunga. 
Selain daripada itu kami ralit juga membelek pokok jambu air dan mangga muda. Mencari buah mangga untuk dibuat jeruk. Anak-anak seronok tenyok buah betik besar dan ranum, nenas pula nampak muda tapi manis bersari.
Kebun sayur mak saya memang terbaik! Berbagai jenis sayur terung, sawi, bendi, kacang panjang, tomato, cili, peria, labu, petola, petola ular, lobak putih dan ulam-ulaman. Tak termakan banyaknya!
Kali ini tak nampak pula buah kuini. Tak dapat nak buat sorbet kuini.

panjang bendi ni
kerabu mangga siap!

Comments