Hilang semua dosa

Hari ini anakanda Imran sangat rajin tolong Umi. Mula-mula dia tolong lap meja komputer. Dengan sehelai tuala lembap dia lap meja, lap monitor dan laptop juga. Bimbang juga Umi takut air dari tuala tu masuk ke laptop.

Sudah selesai lap meja komputer, Imran tanya apalagi yang boleh dia lap. Kebetulan kakak Syifa' dan abang Faisal sedang lap kipas, Imran pun tak mahu kalah nak juga bantu bersihkan rumah. Umi minta dia lap tangga rumah. Dengan penuh bersemangat dia lap tangga bermula dari tingkat atas turun ke bawah. Dia pesan supaya jangan ada sesiapa naik tangga sebab tangga basah dilapnya!

Alhamdulillah rajin sungguh anak Umi ni. Kata Imran, semua dosa Im dah hilang sekarang sebab Im rajin tolong Umi. Betul ke camtu? Hahaa...iyelah Im..!

Comments