Kembali mencandat sotong

Bulan mei kembali lagi. Musim mencandat sotong sudah bermula mulai mei di Dungun Terengganu.  Kali ini kami sekeluarga berpeluang ikut jaulah ke Terengganu.
Seawal 7pagi kami bertolak dari Shah Alam dan singgah sarapan di Genting Sempah.  Perjalanan waktu pagi begini terasa segar dan kurang sesak. Sepanjang perjalanan melalui LPT kami sempat menyaksikan beberapa kumpulan konvoi Cardina, Alza, Gen-2, Ezora dan 2 lagi kumpulan konvoi bermotor. Nampak meriah di tengah lebuhraya dengan deretan konvoi; ke mana agaknya tujuan destinasi mereka.

Kami tiba di homestay Saba Craft Lodge pada pukul 12.45 tengahari setelah berhenti sebanyak 2 kali untuk mengisi NGV. Alhamdulillah perjalanan lancar melalui LPT2 dengan cuaca cerah dan tenang.
Anak-anak paling seronok sebaik sahaja nampak pantai, tak sabar-sabar nak mandi pantai. Anak lelaki ikut abi dan kawan-kawan abi naik bot menuju ke lokasi mencandat sotong. Tinggal kami geng perempuan sahaja di homestay.

Pukul 5 petang kaum bapa dan abang-abang mula naik bot. Operasi mencandat sotong bermula selepas solat maghrib dan tamat sekitar 3 pagi. Sebelum subuh mereka sudah selamat pulang semula ke homestay.
Keesokan paginya kami bersarapan nasi dagang dan sorong bakar. Sedap dan manis terasa isi sotong segar ni. Sotong yang ditangkap agak kecil berbanding tangkapan tahun lepas.


Comments